Seorang isteri menangis-nangis kerana
mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak
membenarkan. Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami
isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,
Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah
kamu.. ”
Dari luar bilik mayat hospital seorang
ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata :
“Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz
bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah
suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka
suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah
lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite
di akhirat nanti..”
Membasuh tangan jenazah suami sambil
berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk
ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”
Membasuh tubuh jenazah suami smbil
berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan
anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”
Membasuh kaki jenazah suami smbil
berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami,
berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap
nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat
dan pahala yang berlipat kali gandanya”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si
isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku
bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih
kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan
aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang
Allah pada mu.”
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.
Arsip : My Berita